Sunday 13 October 2013

Ibu telah pergi....



Satu tarikh yang mnyedihkan  tercatat dalam hidup kami….ibu kembali temui pencipta.. Riwayat kehidupan dan pengakhir ibu kini telah termaktub menjadi sejarah untuk kami semua.

Bukan repekan.

Masa aku single pernah aku  terfikirkan apa perasaan bila ibu mertua pergi. Adakah sama rasanya seperti perasaan ketika ibu sendiri pergi?

Aku mula mengenali dan memanggil arwah 'Ibu'  hampir enam tahun, Sejak itu hubungan arwah dengan aku amat baik sekali hingga kini  walau aku baru menjadi anak menantunya lapan bulan lalu.
Tiap kali on a same assignment, Zoul akan kata, “Ini kiriman ibu untuk kita kongsi bersama” Mengingatnya kembali perasaan saya jadi sayu dan hati kecil saya kini berkata. “Memang orang baik mati cepat

Semacam satu musim sekarang ini aku rasakan,”musim kematian” Sejak akhir2 ini beberapa kalangan kawan-kawan dan saudara mara yang lebih senior telah pergi secara tiba-tiba. Mereka yang pergi sangat baik hati dan akhlaknya. Ini membuat aku tertanya-tanya kenapa orang baik mati cepat.

Aku teringat membaca hadis mengatakan ilmu diangkat dengan kematian para ulama dan bukan ulama juga ramai orang yang baik-baik.

Tapi benarkah orang jahat lambat mati? Agak sukar  untuk menentukan seseorang itu baik atau jahat.Mungkin ada sebab-sebab lain yang membuat kita merasakan orang baik cepat mati dan orang jahat lambat mati.

Orang baik cepat mati mungkin kerana kita masih belum puas dan masih terus mendamba kebaikannya itu walau seribu tahun lagi. Kita tidak mahu dia cepat pergi meninggalkan kita membawa bersama kebaikan-kebaikan yang ada dalam jiwa mereka.

Jelaslah di sini kenapa kita merasakan orang jahat mati lambat atau lambat mati kerana untuk kita mengenal dan merasakan kejahatan itu selama satu hari bagi kita sudah terasa sangat lama.Bukan kerana usia mereka yang panjang atau pendek tetapi kejahatan mereka itu amat meresahkan dan menjemukan orang yang masih hidup  membuat kita merasakan orang jahat mati lambat.

Tapi yang mengharukan aku bila melihat anak-anak dan cucu arwah masing-maing berganding bahu melancarkan urusan sedangkan kenduri kahwin yang lepas-lepas pun tak semua tolong turun padang. Bila ibu pergi semuanya ingin terlibat membantu apa yang perlu. 

Penghormatan untuk arwah ibu yang paling disayangi.


Malam tadi kami bertahlil untuk ibu lagi. Urusan ibu telah kamilaksanakan sebaik-baiknya. Zoul telah rename fb  arwah dan remove semua gambar seperti yang diminta arwah ibu pada anak bongsu lelaki kesayangan ibu.

Semuga ibu aman di sana.

No comments:

Post a Comment