Sunday 22 July 2012


Macam rasa tak nak raya…


Ketika diberitahu aku akan berpuasa dan berhari raya di sini, hati mula terasa sedih dan emosi mula terasa bergolak, lebih2 lagi bila dapat email berbunyi "Kesian ko kena raya jauh dari kuarga kan? Cian Billi raya tanpa mamanya"
Ada jugak yg tulis email "abisla ko….., raya nanti nangis2 tak berlagu dan raung2 lagi la ingatkan Billi."

Kepada statement2 tersebut "Takpe, aku redha .. hati aku dah kering dan semakin kering”
 "Takde maknanya aku nak raung2" Kata2 tu memang nyakitkan hati rasa nak sepak terajang jer orang tu.

So here I am into my third day fasting (
Tarikh mula berpuasa Jumaat 20/7/2012) and about to celebrate Aidil Fitri away from home kerana tugas. Kenapa aku cakap aku REDHA and aku berHATI KERING. To those yang tau kisah aku yang sering terpaksa berhari raya di perantauan, you will understand me for saying it out loud.
To those yang tak tau, mungkin korang akan rasa aku ni belagak dan sambil bercekak pinggang korang akan kata “Ko tunggu malam raya sok, gerenti   nangis punye". Bunyi memanglah aku agak arrogant.. hati kering bagai….. Mana ade manusia tak nangis kalau raya jauh dari family? Nak lagi kalau kena raya atas rig, masa tengah drilling..  Tapi, apa pun aku redha je dengan suratan takdir yang tertulis utk life aku ni.

Kalau betul aku kena raya atas rig, maknanya tak raya langsung. I'm pretty sure we are the only three Muslim on the rig. So far tengok crew mostly Danish, Swedish, a few Australian, Americans and Germans. I don’t see any local crew. And confirm I'm the only lady onboard the rig. “Limelight on me please” Hahaha. Nangis Britney nengok aku kan kan?

Oh sedikit info pasal penentuan tarikh puasa dan raya di sini. Diorang guna naked eyes untuk skodeng anak bulan, no binocular kalau guna juga nanti tak accurate atau kurang tepat untuk penentuan. Mazhab sini Hanafi ke Hambali tah (tak pasti) tapi diorang skodeng sampai betol2 nmpak anak bulan. Kalau tak nampak jugak sampai midnite, baru diorang declare bila tarikh mula puasa. Leodi dan Mich menunggu hingga lewat tengah malam tapi aku separuh jalan ….da kiok.

Pagi esoknya blur2 puasa ke  tidak puasa ke ni…

Emosi aku macam bad weather. Kejap o.k, kejap k.o. Semalam sebak dada menangis berjam-jam rindu…... Memang la ada kawan (dua org kawan jer yang sama2 dari Mal) yang nak bergurau senda dengan aku dengan soklan2 bodo, "Tahun ni ape agaknya ko rasa raya tanpa Billi,…….." Ntah soklan tu semacam sangat pedih je KURASAKAN..

Yela, this will be my very FIRST time beraya tanpa Billi. I will miss shoppingsakan dan rayasakan dgnnya, main mecum, kira duit raya, pegi open house sama2.

(Puasa2 camnii turun yard yang sungguh panas terik ni memang sangat2 mencabar. Hampir2 je nak terbuka puasa sebab dehydrated gile2.. huhu.. Syukur, Alhamdulillah aku berjaya tamatkan dugaan dengan jayanya! Eh, jaya ke? Emosi asyik nak marah je kat orang tu .. )

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa...


No comments:

Post a Comment