Allahu Rabbi...
bagaimana hendak ku mulakan ‘saya tahu syarat2nya’?
Terlalu banyak yang berlaku dalam tempoh sembilan bulan aku kenal ‘dia’. Assalamualaikum ‘dia’ ...
seandainya kau melihatku bagaikan pohon yang tidak tumbuh amalannya, tidak berbuah pohonnya, maka jadilah kamu seperti sinar mentari yang selalu memberikanku kebaikan. Umpama cahaya sang mentari yang berfungsi membantuku untuk berdiri teguh dengan akar yang kuat. Semoga aku bisa menjadi pohon yang banyak bermanfaat dan memberikan keberkahan buat orang lain.
Pertama kali melihat fotonya beberapa bulan lalu(die masih seorang gadis cilik berusia 9 tahun) Comel, bermata bulat tapi redup, bibir nipis fotokopi mata dan bibir ayahnya. Sekali lagi terlihat fotonya bulan lepas dia sudah nampak dewasa terserlah keayuan di wajahnya namun bibir masih senipis dulu renungan mata masih seredup dulu saling tak tumpah ukiran wajah ayahnya
TIBA2 ku punya sebuah cita-cita...
dan berharap bukanlah sekadar angan-angan yang menjadi khayalan....dan aku juga faham apa syarat2 ‘dia’….
Pada mulanya terlintas untuk ambil jalan pintas….satu malam, satu perkongsian saat bersamanya mampu menghasilkan seorang lagi Manda seiras dia namun aku faham apa syarat2nya kerana baginya tiada jalan pintas dan tidak akan ada perkongsian saat itu selagi tidak ade ikatan kukuh atas landas syariat. Manda harus ada sejarah perkongsian sah seorang ayah dan ibu… Saat itu aku bertanya pada diri sendiri mampu kah aku menjadi isteri yang baik sedangkan sejarah silam mencatatkan aku tewas sebagai isteri terbaik buat seorang suami. Namun naluri keibuan tetap kukuh dari hari pertama aku bergelar ibu dan aku tidak akan berfikir dua kali untuk menyemadikan perasaan itu berulang kali walau untuk sepuluh orang anak lagi…namun dia tetap teguh berpegang pada syarat yang digarisnya dan saya tahu syarat2nya…… .
Satu lagi alternatif....perkongsian contract atas persetujuan bersama iaitu gugur taraf aku sebagai isterinya yang sah apabila aku melahirkan seorang Manda lagi.
Ya.....memang aku tahu syarat2nya.
perlukah syarat yg sebegini???
ReplyDeletePerlu....bagi saya, kerana saya hanya mampu menjadi seorang ibu bukan isteri...
ReplyDelete